Sunday, June 28, 2009

RENUNGAN BERSAMA

Dalam kealpaan hidup kita di dunia ini, seringkali kita terlupa tentang kebesaran kekuasaan Allah s.w.t. Untuk itu marilah kita saksikan sejenak klip video kelahiran seorang insan oleh seorang ibu. Mudah-mudahan kita akan dapat menginsafi diri ini tentang betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk anak yang dilahirkannya.




Mungkin juga ramai dalam kalangan kita yang tidak melalui proses kelahiran secara pembedahan tetapi secara semulajadi .




Walau apa cara sekalipun kita dilahirkan ke dunia ini, sesungguhnya Kasihku padaMu Ya Allah, Ya Rasulullah, ibu dan ayah sentiasa subur mekar disanubari. Aku tidak perlukan suatu hari istimewa untuk mengenangmu umpama hari ibu atau hari bapa, I love u'll forever.

Wednesday, June 24, 2009

kata-kata aluan


Saya mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan ke dunia blog saya bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang dunia pendidikan di Malaysia mahupun di peringkat global. Selaras dengan tugas saya sebagai seorang pendidik guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perempuan Melayu, Melaka dalam bidang Bimbingan & Kaunseling, Pedagogi, Psikologi dan Falsafah Pendidikan maka saya amat berharap agar kita dapat berbincang bersama-sama demi meningkatkan mutu/kualiti pendidikan dalam kalangan kita. Semoga dengan itu seluruh warga dunia akan menjadi lebih beriilmu pengetahuan dalam menjalani kehidupan seharian.